Apakah Perbezaan Air Bersih Dan Air Sihat?
Apakah Perbezaan Air Bersih Dan Air Sihat? Sebenarnya air yang bersih saja tak mencukupi. Air yang sihat adalah lebih tepat lagi. Air yang sihat bermaksud air yang bersih dan kaya dengan kandungan mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Apakah Perbezaan Air Bersih Dan Air Sihat?
Menurut kementerian kesihatan malaysia, air paip di Malaysia adalah drinkable. Maksudnya boleh diminum. Dan seperti yang kita semua tahu, keadaan sungai-sungai yang menjadi sumber air di negara ini amatlah menyedihkan. Dari bangkai binatang, manusia,sampah sarap dan bahan buangan dari kilang. Apa yang dilakukan oleh syarikat bekalan air adalah menapis segala sampah sarap, kemudian bahan kimia seperti tawas, klorin dan flouride digunakan untuk memperbaiki rasa, warna dan bau air tersebut. Selain dari itu, klorin juga berfungsi untuk membunuh virus seperti salmonella, e coli dan bakteria lain yang common.
Bagaimana pun, air yang mengandungi klorin sebenarnya adalah sangat berbahaya kepada kesihatan. Gas klorin adalah gas pembunuh yang digunakan pada zaman perang suatu ketika dulu.Logam berat yang terdapat dalam air yang kita minum akan terkumpul dalam badan dan dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan macam kanser, fibroid bagi wanita dan boleh menyekat pertumbuhan IQ kanak-kanak.
Malah, bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, toksin boleh dipindahkan kepada bayi melalui susu mereka. Toksin adalah sejenis bahan asing yang merbahayakan kesihatan.
Detoksifikasi dalam tubuh manusia melalui beberapa peringkat. Hati adalah organ utama yang membantu menapis segala toksin dari mencemari tubuh. Kemasukan toksin yang tidak terkawal akan menyebabkan bebanan pada organ tersebut. Bahan cemar logam berat seperti lead dan mercury adalah super bahaya kerana menurut kajian, kehadiran kedua-dua jenis logam berat ini boleh membunuh tikus dengan serta-merta.
Tak dinafikan, tikus tu kecil. Jadi dalam jumlah yang sikit boleh membunuh dengan serta merta. Tapi jangan lupa. Logam berat takkan keluar dari badan. Ia akan terkumpul dalam badan. Lead boleh merendahkan IQ, menyebabkan seseorang mudah lupa, menambahkan free radicals dalam badan dan boleh menyebabkan seseorang tu risau tanpa sebab.
Jadi, bukan saja pemakanan seimbang yang kita perlukan. Malah, air yang bersih adalah sangat penting. Air paip yang mengandungi klorin apabila dimasak, kebanyakan kuman dan bakteria akan mati. Bagaimana pun, ia tidak menghilangkan bahan kimia dan logam berbahaya yang terkandung dalam air tersebut. Bahkan, air berklorin yang dipanaskan akan menghasilkan sebatian yang karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa orang zaman sekarang lebih mudah kena kanser berbanding orang zaman dulu.
Oleh kerana sumber air pada masa kini adalah sangat kotor, jumlah bahan kimia yang dimasukkan untuk merawat air semakin banyak. Pada pendapat saya penapis air yang baik adalah sangat penting dalam setiap rumah. Kalau kurang mampu nak beli yang mahal, sedaya upaya dapatkan penapis air yang sekurang-kurangnya boleh tapis klorin.