Kesilapan Yang Sering Lelaki/Perempuan Berbadan Besar Lakukan Dalam Berdiet | Assalamualaikum hari ni nak kongsikan antara kesilapan yang dibuat oleh pendiet.
Pertama : Kita selalu skip sarapan pagi.
Alasan yang selalu acik bagi adalah tak boleh makan pagi, rasa mual dan nak muntah. Tapi bila dalam sebulan cuba makan pagi ,boleh jer. Sarapan pagi dapat memberikan kita tenaga untuk lakukan pekerjaan kita. Kalau tak boleh sangat gantikan dengan oat atau bijirin. Pastinya boleh, cubalah..
Kedua : Selalu makan pada waktu malam dan kalau makan berulam air.
Dulu memang jadi habit makan malam, sebelum tidur kenyangkan perut dulu baru tidur. Rupanya tidak elok ,sebab apa yang kita makan terkumpul dan faham,faham lah jadi lemak. Pastikan makan sebelum malam, petang itu makanlah sekadarnya behenti sebelum kenyang . Jadi malam-malam elakkan nasi lemak, mee goreng ,nasi goreng dan sewaktu dengannya.
Satu lagi masalah kita, kalau makan mesti nak berulam air, makan sikit air berlambak. Kalau mak acik pasti marah dia kata macam "itik" makan mesti ada air. Dari apa yang acik tahu lebih elok minum air selepas 15 minit makan. Kalau tersedak or tercekek itu janganlah tak minum air nanti katanya " acik kata tak boleh minum air sambil makan , jadi jangan minum " itu bahayakan diri ler.
Ketiga : Selalu makan Fast Food ( Makanan Segera)
Dulu acik menafikannya, ehh mana ada itu karut. Ada seorang kawan acik memang tiap hari makan fast food tak kiralah apa, dia badan kurus tapi selalu juga sakit tapi bila jumpa doktor dia kata kolestrol dalam badan tinggi walhal dia kurus. Fikirkan kita yang badan besar, agaknya lemak berapa ye bertambah ? oh my Allah.
Keempat : Kerap mencuba produk kuruskan badan.
Kadang masalah kita adalah malas untuk bersenam tapi nak kurus jadi alternatif adalah amik produk kuruskan badan. Nak kurus cepat, ambil produk ini tak sesuai (tak berkesan pada tubuh badan kita ) , ambil produk lain. Sebenarnya tak elok untuk tubuh badan kita. Percayalah bila kita behenti dia akan buatkan tubuh badan kita makin naik mendadak. Kerana sebelum ini selera kita seperti di hakis lepas kita tak makan dia buatkan selera kita bertambah.
Kelima : Diet tak kosisten
Masalah kita adalah tak kosisten, sebulan pertama memang heavy training kita buat, kita diet sehabis-habis mungkin tapi bulan kedua kita dah berhenti. Macam mana tu ? kita mesti kosisten dalam senaman kita.Paling tidak lakukan senaman ringkas dan boleh melihat senaman yang di lakukan oleh instructor kegemaran acik Kevin Zahri Dari beliau acik dapat banyak pekara baru.
Keenam : Behenti makan nasi secara mendadak.
Kita ini orang asia, nasi memang tak boleh lari, nak diet terus behenti makan. Are you mad ? Mana boleh, mulakan dengan kurangkan sedikit demi sedikit . Dulu 2 pinggan,kurangkan satu pinggan, kurangkan suku pinggan dan lama-lama gantikan dengan oat dan sebagainya. Ambillah jumlah yang sikit dan jangan lupa makan saur-sayuran yang segar.
0 Response to "Kesilapan Yang Sering Lelaki/Perempuan Berbadan Besar Lakukan Dalam Berdiet"
Post a Comment