Siapa Briged Al-Qassam?


Siapa Briged Al-Qassam? | Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel.

Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.

sheikh-izzuddinPasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam. Nama ini adalah bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

Di kesempatan yang ada ketika menyertai misi kemanusiaan di Gaza kali ini, saya telah mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai pergerakan ini daripada masyarakat setempat di sana.

Beberapa kali terdengar bunyi letupan tembakan atau pun bom di sana sini sepanjang keberadaan kami di Gaza. Masyarakat secara umumnya termasuk Israel mengetahui bahawa Briged al Qassam adalah satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang tinggi dan mampu membuat pelbagai kejutan.

Hamas-44Alhamdulillah dengan takdir yang ditentukanNya, saya berpeluang untuk mengenali Briged al-Qassam ini dengan lebih dekat melalui kunjungan ke pusat latihan mereka setelah mendapat jemputan daripada kerajaan yang memerintah Semenanjung Gaza. Saya berpeluang menyaksikan sebuah demonstrasi latihan ketenteraan yang jarang-jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi kepada pengunjung dari luar negara.

Objektif penubuhan al Qassam

Objektif  utama penubuhan al Qassam adalah untuk membangkitkan semangat jihad di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan bumi Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.

Qassam-33Pada peringkat awalnya mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini tetapi akhirnya setuju untuk berbuat demikian. Al Qassam mempunyai ahli battalion terlatih seramai kira-kira 25-30,000 orang di kalangan pemuda-pemuda Palestin yang berumur di antara 18-30 tahun.

Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.

Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan pembebasan Palestin.

Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :

-Gigih berpegang dengan ajaran Islam
-Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
-Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah
-Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
-Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
-Mencintai dan bersedia untuk syahid
-Saya telah diberitahu bahawa briged ini juga mempunyai skuad wanita meski pun mereka tidak berada di -     barisan depan ketenteraan.

Pernah sekali tentera al Qassam yang berpakaian lengkap ketenteraan dikepung oleh tentera Israel di dalam sebuah masjid, al Qassam telah menghantar tentera wanita yang tidak berpakaian seragam pada ketika itu untuk masuk ke masjid bagi menyerahkan baju yang lain kepada anggotanya yang terkepung, Tentera al Qassam ini kemudiannya berjaya keluar setelah berlakon sebagai orang-orang awam. Walau pun Briged al Qassam kehilangan tiga anggota wanitanya dalam operasi tersebut tetapi mereka tetap berjaya kerana ramai di kalangan anggota utamanya yang dapat diselamatkan.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di wilayah Gaza bukan kerana serangan ketenteraan Israel sebaliknya adalah daripada sesi latihan al Qassam.

Qassam-44Briged al Qassam ini juga sangat terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel.

Saya juga berkesempatan menyaksikan satu sesi latihan ketenteraan Brideg al Qassam ini yang menggunakan peluru hidup, bom tangan, senapang AK-47, mesingan dan roket grenad. Bergegar rasanya hati kecil ini ketika menyaksikan demonstrasi yang cukup membuktikan kehebatan generasi muda Palestin ini.

AlQassam sujudSesudah sesi latihan itu, kesemua pemuda-pemuda ini berkumpul dan bersujud syukur sebagai satu amalan penting pada setiap kali tamat satu pertempuran melawan tentera Zionis.

Dengan pelbagai maklumat dan diikuti oleh pertemuan yang bermakna ini, saya pasti bahawa mereka adalah generasi pemuda perindu syahid yang begitu digeruni oleh pasukan tentera penjajah Israel meski pun IDF mempunyai keanggotaan berjumlah 720,000 orang yang turut dilengkapi dengan pelbagai  kelengkapan teknologi ketenteraan yang canggih

Sebelum berpisah, seorang pemuda al Qassam menghampiri saya dan bertanya asal usul kami. Apabila diberitahu daripada Malaysia, dia lantas menjawab bahawa tanah ini juga milik umat Islam di Malaysia. Tentunya jawapan ini begitu mendalam dan menggugah hati sanubari saya.

Ketika berpeluang untuk mengajukan soalan kepada beberapa anak muda Palestin di Gaza samada mereka adalah daripada al Qassam atau tidak, kebanyakan mereka hanya tersenyum kerana mereka biasanya tidak mengistiharkan diri mereka sebagai al Qassam secara terbuka.

Hamas-1Subhanallah…merekalah generasi anak muda yang merindui kemuliaan mati syahid dan masing-masing bekerja kuat bagi menagih keistimewaan syahid seperti maksud sabdaan Rasulullah :

“Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

1-diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2-melihat tempatnya di dalam surga
3-dilindungi dari azab kubur
4-terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5-merasakan kemanisan iman,
6-dikahwinkan dengan bidadari,
7-dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Related Posts:

0 Response to "Siapa Briged Al-Qassam?"

Post a Comment