Kejam! Ibuku Dipaksa Makan Bubur Babi (KISAH BENAR)


Kejam! Ibuku Dipaksa Makan Bubur Babi (KISAH BENAR) | Ibuku sering menceritakan pengalamannya dan teman-temannya yang pernah menjadi tahanan Pol-Pot. Salah satu kisah yang masih aku ingati ialah kisah ibuku dipaksa makan bubur babi.
Petikan ini bermula…

Semasa menjadi tahanan Pol-Pot, suami isteri dipisahkan. Begitu juga anak dan ibu. Mereka dibahagi-bahagikan kerja mengikut peringkat jantina dan umur. Ada yang menanam padi dan pelbagai pekerjaan lagi yang berat-berat. Pol-Pot mengamalkan sistem ala komunis. Semua tahanan dikehendaki memakai baju hitam. Mereka diberi pekerjaan yang teruk-teruk. Siapa yang malas atau sakit akan di bawa ke satu kawasan untuk di bunuh.

Ada yang disiksa terlebih dahulu sebelum di bunuh. Contoh penyiksaan yang sering dilakukan ialah menarik kesemua kuku tahanan dengan benda yang tajam, menebuk tapak tangan tahanan, memenggal kepala atau menimbus tahanan hidup2 ke dalam satu lubang maut. Orang islam di larang sembahyang. Masjid dijadikan kandang babi.

Semua tahanan dipaksa bekerja. Setelah penat bekerja , tahanan hanya diberikan makan bubur sahaja. Menunya berbeza-beza. Kadang-kadang bubur ikan dan kadang-kadang bubur babi. Bubur yang hanya ada beberapa butir nasik dalam semangkuk bubur. Ibuku tak mahu makan bubur babi. Dia melihat wajah teman-temannya.

Ada yang berugama Islam sedang memakan bubur itu. Keadaan amat darurat. Sekiranya mereka tidak makan, mereka tiada tenaga untuk melakukan kerja seterusnya. Akibatnya mereka akan jatuh sakit. Boleh jadi mereka akan di bunuh sekiranya tidak mampu lagi melakukan pekerjaan itu. Ibuku masih menahan diri dari memakan bubur itu. Dia mengeluarkan beras goreng lalu mengunyah beras goreng itu satu persatu. Hatinya berdoa semoga beras goreng yang dibekalkan oleh nenekku mampu memberikan kudratnya untuk meneruskan kerja membajak sawah itu.
Malamnya, nenekku menggorengkan beras untuk dijadikan bekalan ibuku esok hari. Manalah tahu, menu esok sama denagn menu hari ini. Jangkaan nenek tepat. Menu makan tengahhari adalah bubur babi lagi.

Kali ini ibuku diiuji lagi. Dia terpaksa makan beras goreng yang disimpan di dalam uncang diantara lipatan getah kainnya. Kemudian, ibu meneruskan kerja seperti biasa.
Pada hari yang ketiga, menu yang sama disajikan kepada tahanan-tahanan. Ibuku terpaksa menjamah beras goreng yang dimakannya secara sembunyi-sembunyi. Tiada sedikit perasaan kesal pun dihati kerana tidak makan bubur babi itu walaupun dibolehkan kerana darurat. Tiba-tiba seorang pegawai tinggi Polpot datang menemui ibuku. Cepat-cepat ibu sembunyikan beras goreng itu. “Aku dengar, kau sudah tiga hari tak makan bubur yang kami masak.

Bagaiamana kau masih mempunyai tenaga untuk bekerja?” Tanya pegawai tersebut dalam bahasa Khmer. Kecut perut disoal begitu. “Mari ikut aku?” Ibu semakin risau. Ibu takut kalau mereka tahu ibu makan beras goreng yang dibawanya. Pasti ibu akan dihukum. Namun, dia membawa ibu ke ruangan dapur. “Gadis ini belum makan apa-apa lagi. Namun, dia masih bekerja seperti orang lain. Sediakan nasi bersama ikan masin untuk dia”. Ibu bersyukur tatkala mendengar kata-kata pegawai itu. Petang itu, ibu dijamu dengan menu yang istimewa. Sudah lama ibu tak makan nasi. Inilah ganjaran bersabar di jalan Allah…

Sumber - Mynewshub

Related Posts:

0 Response to "Kejam! Ibuku Dipaksa Makan Bubur Babi (KISAH BENAR)"

Post a Comment