Hormat Bakal Bapa Mertua, Pernikahan Zizan, Emma Maembong Sederhana | Pelawak Zizan Razak memberitahu majlis perkahwinannya dengan pelakon Emma Maembong akan diadakan secara sederhana mengikut permintaan bapa wanita itu, pelukis terkenal Ismail Embong.
Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abd Razak, 30, berkata, dia tetap akan berlaku adil kepada masyarakat dan peminat yang ingin menyaksikan hari bahagianya nanti.
"Andai kata saya berkahwin dengan Emma nanti, saya akan menghormati permintaan bapanya kerana saya faham orang tua kadang-kadang lebih suka ia dilakukan secara sederhana sahaja.
"Namun saya juga milik masyarakat dan perlu berlaku adil kepada peminat dan masyarakat yang ingin meraikan bersama hari perkahwinan tersebut," ujarnya kepada mStar Online.
Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang keputusan bapa kekasihnya iaitu Ismail Embong yang mahu majlis pernikahan anak-anaknya dilakukan secara sederhana dan tertutup.
mStar Online pada 22 Disember lalu melaporkan, Ismail telah mengecam majlis pernikahan anaknya Yaya Maembong dengan pelakon Wan Raja apabila mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa dengan mengadakan perkahwinan cara membazir termasuklah majlis berinai yang tidak mendapat keizinannya.
Yaya dan Wan Raja bernikah pada 12 Disember lalu.
Mengulas tentang perkara itu, Zizan berkata ia adalah hal berkaitan keluarga dan tidak perlu diperbesarkan kepada umum.
"Saya tidak boleh berpihak kepada mana-mana kerana bagi saya kedua-dua pihak ada jawapan mesing-masing. Saya tidak boleh memberi penilaian secara peribadi kerana ia adalah hal dalam keluarga yang seharusnya dibincangkan hanya dalam keluarga sahaja.
"Bagi saya apa yang berlaku ayah adalah tetap ayah kita walaupun baik atau buruk pun dia," ujarnya.
Sementara itu, Zizan berkata, dia memuji sikap kekasihnya Emma Maembong dalam menyelesaikan masalah keluarga tersebut dengan matang.
Dia dan Emma juga kini dalam proses memujuk kedua-dua belah pihak agar berbaik semula.
"Saya puji dengan sikap Emma yang matang dalam hal ini kerana dia lebih tahu dan rapat dengan kedua-dua belah pihak ini.
"Dia tahu apa yang perlu dilakukannya dalam memujuk kedua-dua belah pihak untuk berbaik," katanya.
Sementara itu, ditanya tentang rancangan perkahwinannya dengan wanita tersebut, Zizan berkata ia mungkin selepas semua masalah tersebut selesai.
"Insya-Allah, Emma beritahu biar keluarganya selesai dahulu dan doakan yang terbaik sahaja buat kami," ujarnya.mstar.com.
0 Response to "Hormat Bakal Bapa Mertua, Pernikahan Zizan, Emma Maembong Sederhana"
Post a Comment