Mangsa Menceritakan Keganasan Perompak Sewaktu Cubaan Merompak RM150 Ribu


Mangsa Menceritakan Keganasan Perompak Sewaktu Cubaan Merompak RM150 Ribu | Cubaan sekumpulan penjenayah melarikan wang RM150,000 milik seorang pengurus syarikat gagal selepas kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa terbabas berhampiran lampu isyarat Seksyen 18, di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, mangsa bersama isteri dan seorang pekerjanya baru selesai membuat pengeluaran wang di sebuah bank kira-kira jam 3 petang. 

"Siasatan awal, suspek menaiki Proton Waja mengekori dan melanggar bahagian kanan kereta mangsa menyebabkan ia gagal dikawal dan terbabas," katanya. 

Bagaimanapun, beliau berkata, kesemua mangsa hanya mengalami cedera ringan dan wang dapat diselamatkan. 

“Mangsa telah dihantar mendapatkan rawatan di Hospital di Klang dan siasatan diteruskan,” katanya.

Kronologi cerita yang diceritakan oleh mangsa:

Assalamualaikum. Ya, kami DILANGGAR dan DISAMUN pada Rabu lepas sekitar pukul 3.30 petang. Terima kasih berjuta-juta kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami.
.
Kronologi cerita:
.
1. Saya keluarkan duit di Maybank Seksyen 18, Shah Alam.
.
2. Dalam perjalanan pulang, cubaan pertama berlaku di traffiq light seksyen 24. Tingkap dipecah kanan dan kiri. Penjenayah bersenjatakan pedang samurai dan seperti Lelaki Melayu/Indonesia.
.
3. Dalam pergeletuan di traffiq light tersebut, kami sempat melarikan diri dengan melanggar lampu traffiq light dan u-turn menghala ke Roundabout seksyen 17.
.
Kami lari. Apa yang hanya dalam fikiran saya...
.
"AMANAH CUSTOMER"
.
"AMANAH CUSTOMER"
.
"AMANAH CUSTOMER"
.
4. Di Roundabout terebut, kami patah balik untuk menuju ke balai polis seksyen 15.
.
5. Traffiq light di seksyen 18 merah. Kami dapat mencilok dalam kesesakan kereta yang nak berhenti di traffiq light tersebut. Kami langgar lampu. Sayang, kereta penjenayah (waja hitam WPU3424) yang besar tu dapat mengejar kami.
.
6. Lebih kurang 100 meter selepas traffiq light tersebut, berdekatan dengan bustop, kereta VIVA kami dilanggar di bahagian belakang sebelah kiri.
.
7. Kereta hilang kawalan, berpusing 180 darjah kemudian menghentam pokok, dan berpusing lagi 180 darjah sebelum tersadai.
.
8. Saya nampak kereta waja tersebut berhenti. Saya bertindak keluar dari tingkap lari di tengah jalan tanpa selipar/kasut menghala ke arah traffiq light sambil melambaikan tangan meminta tolong. Saya berlari bersama beg duit tersebut. Sekali lagi, hanya fikirkan...
.
"AMANAH CUSTOMER"
.
"AMANAH CUSTOMER"
.
"AMANAH CUSTOMER"
.
9. Kereta penjenayah mengejar saya dengan cara mengundurkan kereta. Saya dilanggar dan jatuh tergolek. Saya bangun semula, sempat mencapai beg duit tersebut dan sambung berlari. Penjenayah hanya dapat mengambil beg sandang peribadi saya sahaja yang terjatuh di atas jalan tu.
.
10. Mereka munuju ke kereta saya yang tersadai, mengambil beg isteri saya dan pergi. Kami hanya kehilangan wang peribadi lebih kurang RM1800 dan 2 biji telefon. Viva saya, kereta kesayangan saya semasa jatuh dan bangun dalam bisnes akhirnya total lost.
.
.
Staff saya cedera di tangan, urat jari putus. Alhamdulillah beransur pulih selepas menjalani pembedahan di Hospital KPJ Seksyen 20, Shah Alam. Saya dan isteri hanya cedera ringan.
.
.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dengan kejadian ini, menjadi pengajaran yang sangat besar dalam urusan seharian. Dan Alhamdulillah, pihak polis lengkap bersenjata menawarkan diri bersedia membantu kami apabila dipinta pada bila-bila masa sahaja.
.
InShaAllah, ini adalah titik mula untuk kami pergi lebih besar lagi. Terima kasih di atas doa kalian.

Related Posts:

0 Response to "Mangsa Menceritakan Keganasan Perompak Sewaktu Cubaan Merompak RM150 Ribu"

Post a Comment