‘Uri Bayi’ Dalam Air Tin Perisa Teh Bunga


‘Uri Bayi’ Dalam Air Tin Perisa Teh Bunga | Seorang pemilik kedai makan di Teluk Bahang di sini nyaris tertelan objek asing seakan-akan jeli yang menyerupai uri bayi di dalam air minuman tin kelmarin.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Rosnah, 30-an mendakwa, kejadian berlaku ketika dia sedang minum air berperisa teh bunga tersebut sebelum mendapati ada sesuatu di dalam mulutnya.

Menurutnya, dia kemudian berhenti daripada terus meneguk minuman kegemarannya tersebut sebelum meluahkan objek itu.

“Saya tahu minuman itu memang tidak mempunyai sebarang kandungan lain selain air berperisa sahaja.

“Bagaimanapun selepas meneguknya, saya berasa ia sedikit pelik dan seolah-olah ada benda seakan-akan jeli uri bayi menyebabkan saya terus meluahkan apa yang telah diminum,” katanya.

Sumber : Kosmo

Related Posts:

0 Response to "‘Uri Bayi’ Dalam Air Tin Perisa Teh Bunga"

Post a Comment