Zarina Zainuddin Tayang Gambar Suami Dan Madunya | Sebenarnya saya hanya berkahwin dengan seorang lelaki sahaja dalam hidup iaitu Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar ketika saya berusia 22 tahun. Hanya dia suami saya dunia akhirat," tambah Zarina lagi.
"Saya tak mencari publisiti murahan dengan mendedahkan identiti mereka berdua di media massa. Niat saya untuk mengelakkan fitnah dan cerita kurang elok tentang status saya selepas ini," ujar Zarina Zainuddin menerusi ruangan hiburan Pancaindera, Ahad.
Zarina ditemui media sebaik sahaja selesai majlis kenduri doa selamat di kediamannya di Subang Jaya.
Bersyukur kerana menerima madu yang memahami dan banyak mengajar cara berniaga, Zarina mengakui dia yang meminta kebenaran dari Datin Seri Noorhashimah.
Mengenai majlis persandingan yang terpaksa dibatalkan dan ditukarkan menjadi majlis kenduri doa selamat, Zarina terkejut dan bimbang kerana keluarga mertuanya turut mengalami musibah banjir besar di Kuala Krai sehingga terpaksa berlindung diatas bukit selama lima hari sebelum bantuan sampai.
"Mereka hanya makan biskut dan minum air hujan sepanjang tempoh tersebut. Tambahan keadaan ibu mertua yang tidak beberapa sihat membuatkan hati berasa tak senang", tambahnya lagi.
Zarina juga akan mnziarahi keluarga mertuanya tidak lama lagi. Selain itu dia turut mengambil inisiatif dengan menghantar sumbangan buat mangsa banjir di Kelantan.
Apapun, kisah cinta pelakon ini dengan Dr Abd Rahman kini bukan lagi satu rahsia, semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
sumber : http://www.utusan.com.my/
0 Response to "Zarina Zainuddin Tayang Gambar Suami Dan Madunya"
Post a Comment