Di Bolivia Terdapat Cable Car di Dalam Bandar Yang Tertinggi di Dunia

Di Bolivia Terdapat Cable Car di Dalam Bandar Yang Tertinggi di Dunia | Bolivia merasmikan projek laluan perdana pengangkutan cable car (cable railway) tertinggi di dunia.  Cable Car ini membawa penumpang dengan ketinggian 4,000 meter di atas permukaan laut.

Pengangkutan ini dirasmikan oleh Presiden Bolivia Evo Morales . Kereta gantung ini menghubungkan ibu kota La Paz menuju El Alto, melewati pergunungan Andes, yang menawarkan pemandangan indah di puncak Illimani.Cable Car ini dibina oleh syarikat Austria bernama Doppelmayr dengan pelaburan US $ 234 juta . Melalui pengangkutan ini, jarak tempuh antara kedua kota tersebut kurang dari 10 minit. Lebih cepat berbanding melalui darat yang mencapai lebih dari 30 minit.

"Seronok melihat Cable Car ini selesai. Ini penting bagi penduduk La Paz," kata Morales seperti dikutip dari AFP.

La Paz merupakan ibu kota negara tertinggi di dunia. Ketinggiannya 3.660 meter di atas permukaan laut.


Selepas upacara perasmian, sejumlah penduduk beratur untuk boleh menaiki alat pengangkutan ini. "Mengagumkan, pemandangannya, puncak Illimani. Ini sempurna," kata salah satu penduduk bernama Jorge Villena.

Jalur perdana Cable Car ini memliliki panjang 2.6 km, dan laluan kedua akan dibina sepanjang 7.3 km yang disasarkan disiapkan akhir tahun ini.

La Paz dan El Alto, merupakan bandar dengan penduduk lebih daripada 1.6 juta orang. Kedua kota ini masuk dalam senarai 10 bandar di dunia yang mempunyai pengangkutan Cable Car.

Related Posts:

0 Response to "Di Bolivia Terdapat Cable Car di Dalam Bandar Yang Tertinggi di Dunia"

Post a Comment