Hanez Suraya dan Romie Razin Selamat Bertunang | Pelakon Hanez Suraya selamat melangsungkan pertunangan selepas Isyak tadi dengan lelaki pilihannya, Romie Razin Adilha. Lapor sebuah portal, majlis diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Hanez di Seremban dan dihadiri keluarga terdekat masing masing.
Majlis itu menamatkan teka teki dan tanda tanya yang wujud mengenai spekulasi acara pertunangan mereka. “Ya… kami baru saja bertunang tadi,” katanya. Sebelum ini, pasangan tersebut pernah dilaporkan putus cinta. Ternyata pasangan tersebut tidak putus cinta rupanya. Hanez Suraya dan Romie Razin Selamat Bertunang.
Hubungan pasangan ini menjadi perhatian ramai tahun lalu apabila Hanez didakwa sebagai perosak rumah tangga Romie dan bekas isterinya. Hanez juga berdepan dengan fasa kejatuhan yang mendadak berikutan kontroversi itu. Beliau bagaimanapun enggan mengenang kisah lalu. Lihat (GAMBAR)Selamat Bertunang Hanez Suraya Dan Romie Razin Adilha di SINI.
Tahun 2014 merupakan tahun kontroversi buat pelakon Hanez Suraya, apabila dia dikatakan menjadi punca keretakan rumahtangga Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, dengan isterinya, Nur Liyana Manan, 29. Keduanya telah sah bercerai pada 9 Disember lepas di Mahkamah Syariah. Hanez Suraya dan Romie Razin Selamat Bertunang.
Hanez juga mendakwa sudah memutuskan hubungan dengan Romie, namun ramai yang tidak percaya dengan dakwaan Hanez dan menganggapnya satu usaha untuk membolehkan dia dipanggil semula untuk berlakon semata-mata setelah dia mula diboikot peminat yang menyebabkan stesen televisyen tempatan tidak mahu mengambilnya berlakon untuk menjaga rating penonton. Perkara ini juga telah dinafikan oleh Hanez. Hanez Suraya dan Romie Razin Selamat Bertunang.
Diharapkan selepas ini tiada lagi kisah kontroversi yang melibatkan perhubungan mereka berdua dan keluarga mereka semuanya. Diharapkan juga tahun 2015 yang mendatang ini bakal memberi sinar baru bagi kehidupan mereka. Tahniah diucapkan kepada Hanez Suraya dan Romie Razin Selamat Bertunang.
0 Response to "Hanez Suraya dan Romie Razin Selamat Bertunang"
Post a Comment