Petua-Petua Tradisional Menghapuskan Parut Jerawat | PANTANG LARANG JERAWAT BATU.
Anda dinasihatkan jangan sesekali memicit jerawat yang belum matang. Ia akan meninggalkan kesan hitam di wajah anda.
KHASIAT PUCUK JAMBU BATU.
Cuba dapatkan beberapa helai daun jambu batu dan digiling sehingga halus. Untuk menjadikannya lebih berkesan campurkannya bersama bedak sejuk. Cuba amalkannya selalu. Insyaallah pasti akan berkesan.
RAHSIA BELERANG DAN AIR MAWAR.
Gaulkan hingga sebati ramuan ini dan sapukan di tempat yang ditumbuhi jerawat. Sekiranya anda tidak mempunyai air mawar, anda boleh menggantikannya dengan air asam jawa. Insyaallah.
RAHSIA PUTIH TELOR.
Sapukan putih telor dari ayam kampung ini dengan rapi dan biarkan kira-kira 20 minit di wajah anda. Anda akan merasa tegang sewaktu menyapunya. Selepas itu bilas dengan air suam dan diikuti dengan air biasa. Lapkan wajah anda dengan tuala yang bersih. Insyaallah.
TEPUNG UBI DAN ASAM JAWA.
Sediakan beberapa sudu tepung ubi yang telah dibancuh dengan air asam jawa. Bancuh nya sehingga pekat sedikit agar senang untuk disapu. Sapukan sekitar mata dan mulut. Biarkan sehingga kering dan tanggalkannya secara perlahan-lahan sehingga terbentuknya seperti topeng basuh muka anda seperti biasa.
AIR KELAPA MUDA CEGAH PARUT.
Basuh muka anda dengan air kelapa muda. Jangan lapkannya dan biarkan ia kering sedikit dan cucuikannya dengan air bersih. - petuo
0 Response to "Petua-Petua Tradisional Menghapuskan Parut Jerawat"
Post a Comment