QZ8501 : Pesawat Russia Temui Objek Besar

QZ8501 : Pesawat Russia Temui Objek Besar | Pesawat milik Russia, Beriev BE-200 menemui satu objek besar berwarna merah dan oren di lokasi pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sektor I, di Laut Jawa, malam tadi.

Komandan Lanud Iskandar Pangkalan Bun, Jhonson Simatupang berkata, objek yang diyakini mungkin sebahagian bangkai pesawat itu ditemui di bahagian dasar laut.

"Semalam, maklumatnya sudah lewat malam diterima selepas mereka pulang dari misi pencarian. Mereka melaporkan temui (objek) yang mencurigai.

"Ciri-ciri warnanya merah besar, oren, ada kelihatan warna hitam seperti kotak, warna putih dengan dimensi-dimensi," katanya.

Penemuan itu kata Jhonson diperoleh ketika pesawat yang berkeupayaan mendarat di permukaan air itu terbang pada ketinggian 1,000 kaki.

Susulan penemuan itu, pasukan evakuasi sudah memastikan titik koordinat lokasi penemuan objek itu, bagi membolehkan helikopter Super Puma milik Indonesia digerakkan ke sana hari ini.

Beliau menjelaskan, sebenarnya lokasi pencarian Beriev BE-200 adalah di sektor III, namun mereka meminta izin untuk terbang ke sektor I, malam tadi.

"Siang (semalam), krunya minta apa boleh ke sektor I, (Jhonson jawab) boleh saja," katanya.

Pasukan mencari Russia, kata Jhonson, melihat objek itu menerusi teropong yang mampu menembus air dari atas pesawat. - Metronews.com

Related Posts:

0 Response to "QZ8501 : Pesawat Russia Temui Objek Besar"

Post a Comment