Air Sungai Naik Sekali Lagi | Kuala Kangsar: Peniaga di Dataran Sungai Perak Indah di tebing Sungai Perak di sini, semalam, dinasihatkan pihak berkuasa supaya berpindah selepas paras air di Sungai Perak mula naik dan melimpahi jalan di sekitar persisiran sungai itu sehingga ke paras 0.3 meter.
Tinjauan Harian Metro mendapati peniaga terutama di Arena Square mula mengosongkan premis perniagaan mereka selepas menerima arahan daripada pihak berkuasa supaya berpindah.
Arahan itu dikeluarkan pihak berkuasa kira-kira jam 3 petang semalam selepas menjangkakan akan berlakunya gelombang kedua banjir seperti yang berlaku pada 23 Disember lalu selepas peningkatan mendadak paras air di Sungai Perak.
Peniaga barangan kraftangan Rosli Abdul Halim,51, berkata, dia yang sedang melakukan kerja pembaikan di kedainya mendengar pengumuman dibuat dengan meminta kesemua peniaga berpindah berikutan paras air yang semakin meningkat.
Katanya, air di Sungai Perak semakin naik sejak awal pagi semalam selepas hujan berterusan sejak beberapa hari lalu dan kebanyakan peniaga sudah menjangkakan akan berlakunya gelombang kedua banjir di kawasan itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
sumber dari myMetro
0 Response to "Air Sungai Naik Sekali Lagi"
Post a Comment