Kereta Pilihan : Spesifikasi Awal Honda Civic Type R 2015 | Peminat Honda untuk tidak sabar lagi untuk mengetahui dan memiliki kereta keluaran terbaru iaitu Hodan Civic Type R yang bakal dilancarkan pada tahun 2015. Disini kami kongsikan tentang spesifikasi kereta ini.
-
Kereta Pilihan : Spesifikasi Awal Honda Civic Type R 2015
Pejabat Honda Eropah telah mengeluarkan beberapa gambar menunjukkan Honda Civic Type R terbaharu yang dijangkakan akan mula dijual bermula 2015. Mengikut siaran akhbar yang diterima, kereta ini telah direka khusus untuk menepati selera pemanduan di Eropah. Jika hanya berdasarkan itu, kita boleh rumuskan bahawa ini bermaksud keperluan untuk memenuhi peraturan-peraturan gas ekzos adalah perkara penting, dan ini semakin lama menjadi semakin ketat.
Namun, di dalam ruang enjin tersimpan sebuah unit 2.0 liter i-VTEC dengan teknologiEarth Dreams. Kuasa yang dihasilkan mencapai 276hp iaitu jauh melampaui 222hp yang dicapai oleh Civic FD2R. Dan sebabnya mungkin sudah jelas – Type R baharu ini akan dilengkapi dengan pengecas turbo.
Honda lekas untuk menambah bahawa enjin ini masih lagi menepati kehendak piawaian Euro 6 yang akan mula dikuatkuasakan mulai Januari 2015. Pengecas turbo ini dikatakan turut ditala agar memberi kesan pada kelajuan enjin rendah; dan sudah tentu turut memberi prestasi yang hebat pada RPM tinggi sepertimana yang dijangka untuk teknologi VTEC.
Menurut Suehiro Hasshi, Ketua Projek Civic Type R di R&D Honda, “Honda sudah mempunyai 4 derivatif Type R – Civic, Integra, Accord dan NSX. Enjin di dalam Honda Type R baharu ini melebihi semua itu dari segi kuasa, tork ataupun tindakbalas enjin."
Beliau menambah bahawa kelebihan kereta itu melampaui sekadar prestasi enjin. Ada banyak lagi kualiti yang menjadikan model yang bakal mendatang ini sesuai untuk dipasang dengan logo ‘H‘ merah itu.
Sebagai contoh, kereta ini akan dilengkapi dengan sebuah butang ‘+R‘ baharu yang terletak di sebelah stereng. Apabila ditekan, tindakbalas enjin akan ditingkat, tork akan menjadi lebih agresif, stereng menjadi lebih responsif; dan bersama-sama dengan sistem suspensi boleh-laras baharu, akan memberi kemampuan pengendalian terbaik.
Suehiro Hasshi berkata bahawa perbezaan apabila butang ‘+R‘ ditekan adalah besar, merubah Type R ini dari sebuah kereta lincah yang masih sesuai digunakan sebagai kenderaan ‘sport‘ harian, ke sebuah jentera yang lebih dinamik, sangat sesuai digunakan jika di litar perlumbaan.
Lain-lain huraian lanjut mengenai spesifikasi awal kereta ini adalah:
‘Steer axis‘ – Untuk mengurangkan ‘torque steer‘.
Sistem serap hentak boleh laras – Direka khusus untuk Type R; ia mengubah kekerasan penyerap hentak suspensi depan dan belakang berdasarkan keadaan memandu.
Kotak gear manual masih dikekalkan. Pasukan R&D kekalkan pilihan ini untuk memaksimakan keseronokan memandu.
Maklumat lanjut mengenai kereta ini bakal diberikan kelak sesudah ia dipertontonkan untuk umum pada pameran kereta Paris awal bulan Oktober nanti.
Boleh dah anda mula memasang impian, kumpul duit, gandakan usaha untuk membeli kereta ini. Tak salah letak impian terlalu tinggi untuk memotivasikan diri. Jom Honda.
0 Response to "Kereta Pilihan : Spesifikasi Awal Honda Civic Type R 2015"
Post a Comment