Tanda Saka Wujud Dalam Badan Anda?


Tanda Saka Wujud Dalam Badan Anda? | Orang Melayu terutamanya generasi yang terdahulu memang tidak asing lagi dengan isu berkaitan Saka ini. Namun adakah saka akan lenyap begitu sahaja apabila orang yang mengamalkannya telah meninggal dunia. Mungkin anda yang mewarisinya? Jom semak tanda-tanda saka dalam badan. 
-
-
Tanda Saka Wujud Dalam Badan Anda?



Disini kami ingin berkongsi kepada anda tentang tanda-tanda saka wujud dalam badan seseorang. 

Apakah itu saka?

Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.
Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.
Semasa program Wacana Perdana bulan lepas, Ustaz Sharhan Shafie telah menerangkan beberapa tanda-tanda saka dalam badan.

Di antara tanda-tandanya adalah:

1. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
2. Selalu bermimpi berada di awangan.
3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.
Tanda-tanda berikut adalah petanda yang sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:
4. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
5. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
6. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.
7. Rumah tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
8. Berdebar-debar tanpa sebab.
9. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa sakitnya.

Apa yang anda perlu buat?

Jika ada tanda-tanda saka dalam badan anda ini, anda perlu segera berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang bertauliah.

Selidik dahulu salasilah keturunan anda terlebih dahulu.

Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat.

Jangan putus asa sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda.
Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat ke-57 Surah Hud (Inna rabbi ‘ala kulli syai in hafeez).

Berusahalah untuk berubat dengan izin Allah SWT, anda akan sembuh daripada gangguan saka ini.

Related Posts:

0 Response to "Tanda Saka Wujud Dalam Badan Anda?"

Post a Comment