10 Perkahwinan Paling Pelik Di Dunia | Mungkin anda akan terkejut melihat pelbagai jenis perkahwinan yang sangat pelik dan jarang berlaku dalam masyarakat.
-
10 Perkahwinan Paling Pelik Di Dunia
1. MAYAT TEMAN WANITA
Walaupun beberapa kes di atas boleh dilihat sebagai sungguh aneh dan mengejutkan, malah melibatkan perasaan cinta yang lahir dari hati yang tulus murni, ia tetap tidak dapat menandingi kisah Chadil Deffy yang jauh lebih tragis dan dramatis. Deffy yang berasal dari Thailand, telah bercinta dengan Sarinya Kamsook selama 10 tahun sejak mereka bertemu di Universiti. Namun begitu, pernah sekali Kamsook mengajak Deffy untuk berkahwin, dia selalu menolak dengan alasan terlalu sibuk dengan kerja 25jam sehari.
Pada Januari 2012, Kamsook telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya. Menurut rakan baik Deffy, dia berhasrat untuk menikahi Kamsook walaupun dia sudah mati, sebagai tanda menebus kesilapannya menolak lamaran Kamsook semasa dia masih hidup. Majlis perkahwinan itu berlangsung serentak dengan majlis pengebumian Kamsook. Deffy menyarungkan cincin ke jari mayat Kamsook dan menciumnya.
Tindakan Deffy menyiarkan gambar majlis perkahwinan itu di Facebook mendapat kecaman daripada masyarakat luar yang menyatakan Deffy hanya ingin mencari publisiti murahan. Namun Deffy mempertahankan tindakannya yang kononnya merupakan satu bentuk paparan cintanya terhadap Kamsook yang jujur lahir dari hatinya.
2. IKAN LUMBA-LUMBA
Sharon Tendler mengahwini seekor dolphin bernama Cindy di dalam suatu majlis yang diadakan di Eilat, sebuah bandar Israel. Walaupun dolphin tersebut diberi nama Cindy, ini tidak bermakna mereka mengamalkan LGBT atau lesbian. Cindy sebenarnya ialah seekor ikan lumba-lumba jantan yang sangat comel.
Apabila jatuh cinta pada pandang pertama dengan Cindy, Sharon Tendler bermusafir ke Israel beberapa kali dalam setahun untuk menziarahi buah hatinya itu. Selepas 14 tahun berulang-alik menziarahi Cindy, Sharon akhirnya melamar Cindy untuk berkahwin melalui pelatihnya. Namun perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila Cindy akhirnya telah pergi dahulu akibat usia yang lanjut.
3. BANTAL
Lee Jin-Gyu mengahwini sejenis bantal yang dipanggil Dak.i.m.a.k.ura (sila buang dot dot tu...kalau xde dot dot, automatik kene censor..haha..), yang bermaksud Isteri Warga Belanda (Dutch Wife). Bantal Dak.i.m.a.k.ura selalunya dicetak dengan lukisan/imej watak anime, dan ianya berfungsi untuk memberi keselesaan kepada pengguna yang suka memeluk bantal ketika tidur. Bantal Dak.i.m.a.k.ura milik Lee dicetak dengan lukisan watak anime kegemarannya, Fate Testarossa, dari siri anime Magical Girl Lyrical Nanoha. Setelah menghabiskan tempoh yang lama menjalin hubungan dengan Cik Testarossa itu dengan membawanya ke restoran, taman tema, dan sebagainya, Lee akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil Testarossa sebagai isterinya yang sah.
Majlis perkahwinan mereka diadakan pada tahun 2008, dan berlangsung dalam suasana penuh tradisi. Namun kita bimbang kerana sarung bantal tersebut akan kerap ditukar atau dibasuh, dan Cik Testarossa akan pudar warnanya. Maka tidak diketahui selama manakah hubungan mereka akan kekal. Wakaka..
4. KUCING
Apabila Cecilia, seekor kucing betina yang berumur 15 tahun jatuh sakit, tuannya berhasrat untuk membawanya berjumpa dengan doktor haiwan. Uwe Mitzscherlich yang berasal dari German, telah dimaklumkan oleh doktor haiwan tersebut bahawa Cecilia takkan dapat hidup lebih lama lagi akibat penyakit asma dan berat badan berlebihan. Oleh yang demikian, Mitzscherlich merasakan telah tiba masanya untk mereka mewartakan hubungannya dengan kucing kesayangannya selama ini.
Seorang pelakon telah diupah untuk mengendalikan majlis mereka, lalu Mitzscherlich dan Cecilia pon berkahwin. Cecilia memakai pakaian serba putih ketika majlis berkenaan.
5. TEMBOK BESAR BERLIN
Eija-Riitta Berliner-Mauer (surname beliau bermaksud Tembok Berlin dalam bahasa German), merupakan manusia pertama yang meluahkan secara terbuka mengenai perasaan cintanya kepada objek tidak bernyawa. Dan beliau jugalah yang mencipta istilah objectum-seksualiti.
Beliau mula jatuh cinta dengan Tembok Berlin apabila pertama kali melihat tembok itu di kaca TV semasa beliau masih kanak-kanak. Selepas menziarahi tembok itu beberapa kali dalam masa beberapa tahun, beliau akhirnya mengambil keputusan mengahwini tembok berkenaan pada tahun 1979.
Memandangkan terdapat kawalan keselamatan yang ketat terhadap Tembok Berlin, beliau tidak dapat melahirkan perasaan cintanya terhadap tembok itu secara fizikal. Namun beliau cuba untuk menziarahinya sekerap yang mungkin. Tembok Berlin akhirnya diruntuhkan pada tahun 1989, dan ketika rakyat German meraikannya, Puan Berliner-Mauer bersedih dan berkabung atas pemergian 'suaminya' itu. Beliau tidak lagi menziarahi serpihan tembok itu, tetapi membina replika Tembok Berlin di kediamannya sebagai memperingati suaminya yang tercinta itu.
6. TRAK
Maria Griffin dari San Bernadino, California, berasa gusar akibat tidak merasa teruja atau terangsang dengan manusia selama beberapa tahun. Beliau mendakwa merasa terangsang / orgasm buat pertama kalinya apabila memikirkan tentang Bangunan Chrysler.
Lama-kelamaan beliau mula merasa tertarik kepada kenderaan pula, iaitu sebuah Trak Ford. Tanpa perlu lagi berpura-pura meminati lelaki sejati, beliau membeli sebuah Trak Ford dan mengahwini trak tersebut dalam sebuah majlis perkahwinan yang dikendalikan oleh rakannya sendiri. Selepas perkahwinan itu, kedua mempelai tersebut telah pergi berbulan madu di sebuah kawasan perkhemahan. Maria juga mendakwa kehidupan seksual mereka sangat sihat dan aktif.
7. ANJING
Seperti beberapa kisah di atas, sesetengah orang berkahwin dengan haiwan akibat terpaksa dan sebagai hukuman atas kesalahan mereka, namun terdapat juga perkahwinan dgn haiwan yang terbit dari rasa cinta dan sayang yang tulus murni. Joseph Guiso dari Toowoomba, Australia, membawa anjing kesayangannya berjalan-jalan di taman pada suatu hari dan terserempak dengan sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung pada hari tersebut. Insiden inilah yang membuatkan beliau terdetik untuk mengahwini Honey, anjing betina berbaka Labrador kesayangannya.
Dengan majlis yang berlangsung di taman yang sama yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai (kaum keluarga pengantin wanita tidak hadir), Guiso melafazkan sumpah setia cinta beliau kepada Honey utk selamanya. Guiso sebelum itu juga telah memberi jaminan kepada wartawan bahawa perkahwinan itu tidak akan berlanjutan sehingga ke ranjang. Harap2 begitulah ya.
Untuk pengetahuan semua, perasaan cinta terhadap haiwan, dari segi seksual atau romantik, dikenali sebagai Zoophilia.
8. MENARA EIFFEL
Erika Eiffel, merupakan seorang wanita yang terkenal kerana mengahwini objek tidak bernyawa. Pada tahun 2007, selepas bercinta dgn penuh emosi selama 3 tahun, Erika akhirnya mengahwini Menara Eiffel kesayangannya itu. Sehingga kini beliau masih menjalani kehidupan suami isteri yang bahagia, dan semakin terkenal dengan mengasaskan sebuah laman web bagi mereka2 yang turut mempunyai perasaan yang sama terhadap objek2 pegun sepertinya.
Walaupun perbuatan ini dikenali sebagai objectum-seksualiti atau objectophilia, ia bukanlah perbuatan yang bersifat seksual semata-mata. Erika Eiffel, sebagai pasangan yg secocok, merasakan hubungan yang sungguh serasi dengan Menara Eiffel tersebut. Puan Eiffel sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan busur memanah yang digunakan beliau dalam suatu pertandingan memanah, yang diberi nama Lance.
9. KAMBING
Pada tahun 2006, terdapat satu kes di mana seorang warga Sudan telah mengahwini seekor kambing betina. Sama seperti kisah Ngurah di atas, Charles Tombe telah ditangkap bersekedudukan dengan seekor kambing betina dan telah dihukum untuk mengahwini kambing tersebut oleh badan kehakiman di kampungnya.
Pada asalnya badan kehakiman tersebut tidak menganggap kesalahan itu sebagai serius dan hanya menganggap hukuman perkahwinan itu sebagai jenaka, namun masyarakat otai di kampung tesebut berkeras supaya Tombe membayar wang hantaran (dowry) kepada tuan empunya kambing jelita tersebut.
Hakikatnya tuan empunya kambing itu berhak membawa Tombe kepada polis dan melaporkan perbuatan sumbangnya, namun dgn hanya membawa kes itu kepada masyarakat otai kampung tersebut, Tombe dianggap terlepas drpd hukuman yang lebih berat dari pihak berkuasa. Nasib baik!
Namun, perkahwinan bahagia mereka tidak kekal lama apabila tidak lama selepas itu 'isteri' Tombe telah tertelan plastik bag lalu mati tercekik.
10. LEMBU
Di Pulau Bali, seorang remaja berusia 18 tahun, Ngurah Alit, tidak dapat menahan nafsu berahinya dan telah melakukan hubungan intim dengan seekor lembu betina milik jirannya. Apabila ditangkap dan disoal siasat, remaja tersebut mendakwa dia membayangkan lembu tersebut sebagai seorang gadis yang sgt cun yg telah menggodanya, lantas mendorong mereka melakukan perbuatan tersebut.
Bak kata orang tua2, setiap perbuatan harus ada hukuman yang setimpal, maka remaja tersebut telah dihukum mengahwini lembu tersebut memandangkan hubungan seksual dengan lembu tersebut 'di luar nikah' amat tidak boleh diterima masyarakat setempat. Diberitakan, Ngurah Alit telah pengsan akibat tekanan tidak dapat menerima hakikat dia terpaksa berkahwin dengan lembu comel berkenaan.
Selepas berkahwin, lembu tersebut yang disifatkan sudah 'tidak suci' lagi telah dihukum mati dgn cara dilemaskan. Ngurah Alit pula telah dibersihkan secara ritual untuk menghapuskan dosanya dengan cara pelemasan simbolik/olok2 (mock drowning).
Macam-macam jenis perkahwinan yang tidak terlintas di akal fikiran dan logik kita telah berlaku, sama-sama kita berdoa agar kita tidak lari jauh daripada norma dan nilai agama yang kita amalkan sejak sekian lama.
0 Response to "10 Perkahwinan Paling Pelik Di Dunia"
Post a Comment