-
5 GAMBAR PESAWAT AIR ASIA TERLIBAT NAHAS DI BRUNEI !
Cuaca hujan dan landasan yang basah dipercayai menjadi punca sebuah pesawat AirAsia hari ini tergelincir di landasan Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan, Brunei.Kajadian tersebut berlaku jam 4.00 petang Isnin dan dalam satu kenyataan dan Air Asia telah mengesahkan kejadian tersebut.
“Kesemua penumpang dan krew di dalam pesawat itu telah keluar dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan yang dilaporkan.
“Kakitangan perkhidmatan kami sedang kini sedang menjaga keperluan semua penumpang berkenaan.
“Pasukan kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengenal pasti punca kejadian ini, dan AirAsia akan menyediakan maklumat terkini,” kata kenyataan itu.
Pesawat AK278 itu membawa 102 penumpang dan tujuh krew.Sementara itu, dari 'kicauan' di laman twitter daripada penumpang yang berada dalam pesawat.Kejadian berlaku ketika landasan basah dan pesawat tergelincir dari landasan ke kawasan berumput.
Diharapkan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi kerana menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada penumpang lain untuk menaiki pesawat untuk ke sesuatu destinasi.
0 Response to "5 GAMBAR PESAWAT AIR ASIA TERLIBAT NAHAS DI BRUNEI !"
Post a Comment