SENARAI BATERI TELEFON YANG PERNAH MELETUP


SENARAI BATERI TELEFON YANG PERNAH MELETUP | Artikel ini menjelaskan tentang beberapa kes bateri telefon yang pernah meletup. Ini mungkin kes terpencil dan kesilapan daripada pengguna itu sendiri.
-
-
SENARAI BATERI TELEFON YANG PERNAH MELETUP

Smartphone Galaxy S3 

Smartphone Galaxy S3 yang sedang di cas pada waktu tengah malam meletup, pemiliknya mendengar suara letupan kerasyang kuat dan melihat smartphone sudah berterabur dan tercium bau hangus.Pemiliknya baru sahaja hendak tidur dan telah cas telefon selama 1 jam sebelum pergi tidur. Sekitar jam 3.15 pagi terdengar sesuatu  daripada  smartphone. Plastik smartphone meleleh, karana di letakan dibawah bantal akhirnya bahagian bawah bantal juga hangus.Kes ini tidak dapat dikenalpasti sama beliau menggunakan bateri Samsung yang asli atau sebaliknya.



Bateri Galaxy S2

Kejadian ini terjadi di kota Astana, Kazakhstan. Seorang anak berumur 7 tahun luka  parah ketika smartphone Galaxy S2 meletup. Ariana Aitzhan sedang bermain di kebun, orang tuanya mendengar budak menagis . Selepas beliau pergi melihat anaknya sudah terlantar di lantai dan telah dibawa ke hospital  untuk mendapatkan rawatan. . Menurut The Mirror UK, pihak Samsung telah memberikan bantuan kewangan untuk membayar semua bil perubatan  dan pembedahan plastik yang dialami oleh kanak-kanak ini.



Bateri iPhone 5C

Seorang pelajar di Kennebunk Main dirawat kerana luka akibat terbakar . Hali terjadi kerana  iPhone 5C telah panas mendadak kemudian menyala didalam saku seluarnya. Dia dibawa hospital  dan iPhone 5C telah hangus dan tidak dapat digunakan lagi. Beliau terkejut apabila melihat asap keluar daripada saku seluarnya dan terus panik dengan keadaan itu. Kejadian pertama iPhone 5C meletup ini telah di jelaskan oleh Apple tentang kenapa berlaku kejadian sedemikan. Biasalah pihak Apple akan menyalahkan pihak yang ketiga dengan alasan seperti bateri atau charger yang diberikan salah.



Baterai HTC One X

Kejadian ini berlaku di Taiwan, bateri  smartphone HTC One X telah terbakar . Hal ini terjadi ketika telefon ini sedang di cas kemudian mungkin terlalu panas sehingga plastiknya cair meleleh. Masih belum ada lagi pengesahan punca terbakarnya bateri HTC One X ini. Apakah berpunca daripada menggunakan charger lain atau charger yang tidak asli atau masalah daripada bateri ini sendiri.


Samsung Galaxy S4

Samsung Galaxy S4 smartphone ini terbakar di Pakistan.Samsung Galaxy S4 terbakar pada port USB . Lebih tepat lagi  bukan terbakar, mungkin overcharger atau overload dari beban arus yang memasuki USB port. Dikatakan  smartphone ini rosak tetapi charger masih berfungsi. Menurut pemilik smartphone ini  dia mula cas pada waktu malam dan telah tercium bau hangus dari smartphone. Smartphone milik Salahudin ini sedang diteliti lebih lanjut oleh Samsung.




Kesimpulannya, ada baiknya jika anda berhati hati mengunakan smartphone terutamanya semasa mengecasnya . Selain itu anda juga hendaklah berhati hati dengan charger palsu, karena sudah beberapa kali charger palsu telah menimbulkan pelbagai masalah.

Related Posts:

0 Response to "SENARAI BATERI TELEFON YANG PERNAH MELETUP"

Post a Comment