Ayda Jebat Tak Kesal Dibuang Universiti Kerana Nak Jadi Artis | Pelakon Ayda Jebat pernah diberhentikan daripada sebuah universiti awam selepas dia membuat membuat keputusan untuk menceburi bidang seni pada dua tahun lalu.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 22, berkata, perkara tersebut berlaku kerana pihak universiti tidak membenarkannya bercuti bagi menyertai program realiti Akademi Fantasia musim 9 (AF9) yang menganggu komitmennya sebagai seorang pelajar.
"Ketika saya dipilih untuk menyertai Akademi Fantasia 9 pada tahun 2011 saya masih belajar di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan muzik tetapi pihak universiti tidak benarkan untuk saya mengambil cuti khas bagi menyertai mana-mana rancangan realiti.
"Setelah fikir secara masak-masak saya pilih untuk menyertai AF8 dan dalam masa yang sama pihak universiti terpaksa memberhentikan saya dan ketika itu saya tinggal lagi dua semester sahaja untuk tamat pengajian diploma. Saya memang sedih sangat dan menangis tidak henti ketika itu," ujarnya.
Ayda ditemui pada tayangan akhir Drama Rindu Awak 200% yang diadakan di Bucida Court, di sini, malam Isnin.
0 Response to "Ayda Jebat Tak Kesal Dibuang Universiti Kerana Nak Jadi Arti"
Post a Comment