Biodata Noor Hafizah Mohd Idrus Juruterbang Comel Air Asia | Cukup viral sekali gambar seorang juruterbang Air Asia di media sosial hari ini.
Pernah lihat perempuan jawat jawatan juruterbang? Jarang sekali. Pemikiran kita sinonim dengan perempuan jika memakai uniform syarikat penerbangan, pastinya dia seorang pramugari.
Tetapi tidak bagi seorang gadis muda yang cantik ini menjawat jawatan penting dalam kerjayanya sebagai seorang juruterbang.
Ini sebabnya, gambar juruterbang Air Asia ini menjadi cukup popular pada 9 Disember 2014.
Nama juruterbang comel Air Asia ini adalah Noor Hafizah Mohd Idrus, berusia 30 tahun (2014). Mula berkhidmat di Air Asia pada tahun 2006. Kin Noor Hafizah sudah bergelar kapten setelah 8 tahun berkhidmat di Air Asia.
Anak gadis kebanggaan pasangan Mohd Idrus Abdul Hamid (Pengetua Sekolah Menengah Sains Alam Shah) dan Rohaya Kassim (jurutera Telekom Malaysia) kini adalah salah seorang daripada 17 juruterbang wanita di syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, AirAsia.
Sejak kecil, Noor Hafizah sudah memasang impian untuk membawa pesawat di awan biru dan bersyukur kepada Allah s.w.t yang mengabulkan doanya selama ini.
Kini berkhidmat untuk Air Asia X sejak Oktober 2010. Beliau merupakan bekas pelajar Kolej Tunku Kursiah.
Ketika hendak menghantar borang permohonan itu pula, keluarga membantah kerana bimbang apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran tetapi selepas dia mendapat tawaran, mereka berubah dan kini menjadi pendorong utamanya.
“Keluarga dengan rela hati menghantar saya untuk mengikuti kursus latihan di Akademi Penerbangan Malaysia, Batu Berendam, Melaka selama setahun setengah. “Saya masih ingat pesan ibu dan ayah sebelum mereka berangkat pulang iaitu supaya tekun belajar serta jangan hampakan mereka.
nor hafizah mohd idrus
“Alhamdulillah, biarpun hanya dua wanita saja dalam pengambilan berkenaan, saya lulus dengan baik. Sebaik saja tamat latihan, saya terus menyertai AirAsia sehingga kini,” katanya. Alah bisa tegal biasa, menurut Noor Hafizah, dia sebenarnya memang gayat jika berada di tempat tinggi tetapi entah kenapa, apabila menerbangkan pesawat, perasaan itu hilang dengan sendiri.
“Penerbangan pertama saya bersama syarikat ini ialah pada pertengahan 2006 ke Kuching, Sarawak iaitu selama satu jam 45 minit. “Ketika itu perasaan seronok dan gementar bercampur baur kerana gembira impian sejak kecil menjadi kenyataan. Syukur, berkat persediaan yang sebaiknya, penerbangan itu berjalan lancar dan saya mampu melepasinya dengan baik,” katanya.
Menurut Noor Hafizah lagi, setakat ini, dia tidak pernah berdepan dengan sebarang pengalaman buruk ketika bertugas. Jika cuaca tidak mengizinkan untuk mendarat di sesuatu lapangan, dia akan berbincang dengan kapten juruterbang dan menara kawalan untuk menentukan destinasi berikutnya.
Sebelum berlepas, juruterbang dan pembantu juruterbang perlu terlebih dulu mengira berat keseluruhan pesawat (termasuk penumpang dan bagasi) untuk memastikan tahap kelajuan yang sesuai.
“Untuk menjadi juruterbang, apa yang penting ialah ketajaman penglihatan serta penguasaan dalam bidang fizik, matematik dan bahasa Inggeris. “Namun, bukan mudah menjadi juruterbang yang bagus kerana ia memerlukan kombinasi latihan berterusan serta pengalaman.
Tempoh tiga tahun sebenarnya masih dianggap baru dan saya kini masih dalam proses menimba sebanyak mana pengalaman daripada kapten juruterbang yang lebih senior. “Untuk itu, saya menjadikan kapten juruterbang wanita pertama AirAsia, Norashikin Che Onn, sebagai idola dan berharap dapat berjaya sepertinya suatu hari nanti,” katanya yang turut mengagumi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Tony Fernandez.
Sesuai dengan umurnya yang masih bergelar remaja, Noor Hafizah berkata dia gemar menghabiskan masa lapang dengan membeli-belah bersama rakan dan keluarga. Dia mengakui membeli-belah adalah terapi terbaik untuk menghilangkan tekanan dan barangan yang sering menjadi pilihan ialah kasut serta beg tangan.
0 Response to "Biodata Noor Hafizah Mohd Idrus Juruterbang Comel Air Asia"
Post a Comment